Search

Sudah hampir 51 tahun Rukun Negara dibentuk oleh M...

  • Share this:

Sudah hampir 51 tahun Rukun Negara dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Satu ideologi yang waktu itu diterapkan dalam minda rakyat Malaysia yang berbilang kaum agar berpegang teguh pada 5 prinsip Rukun Negara.

Saya fikir sudah sampai masanya Ideologi Rukun Negara ini diterapkan dengan lebih TEGAS memandangkan hingga ke hari ini masih ramai yang tak faham atau buat buat lupa ataupun mungkin sengaja mencabar apa yang terkandung didalam Rukun Negara.

Apatah lagi sudah lebih 50 tahun negara ini dibentuk selepas MAGERAN 1969, jadi sudah sampai masanya kita bina semula Malaysia ke arah yang lebih baik untuk generasi mendatang.

Kita tidak boleh biarkan situasi sepertimana hari ini terus berulang dimasa mendatang kerana jika itu berlaku sudah pasti negara tidak akan ke mana mana dan Rakyat menjadi mangsa.

Masa depan negara ditangan kita, RESET & REBORN wajar dilaksanakan. InsyaALLAH


Tags:

About author
not provided
An Ofiicial Fanpage for Muhammad Azri @ Sir Azri @ Papa Azri
View all posts